Wednesday, August 27, 2014

Tauke Perabot Dedah Rahsia Untung Besar | Aku: Tauke, you buka kedai perabot ini boleh untung ke dalam kampung? You ambil 4 pintu, atas bawah. Bayaran sewa mahu mencecah RM12000 sebulan.

Tauke: Antara sebuah rumah banglo yang berharga RM400k VS Kedai RM600k, yang mana menjadi rebutan? Chinese will strive for kedai RM600k. Beli kedai ini macam pasang jerat. Ada hari tak dapat hasil, sekali dapat hasil, makannya sedap. Jerat yang bagus hasilnya adalah di kawasan laluan haiwan. Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai-kedai atau di tengah bandar.

Taktikal Seorang Tauke membeli kedai.
“Biar rumah kecil, duduk di dalam stor pun tak mengapa! Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa!”

1. Beli Kedai Nisbah 3

Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan, beli 3 kedai sekaligus dalam kawasan yang sama. Kenapa?
a. 1 kedai untuk berniaga sendiri
b. 2 kedai untuk disewakan kepada orang lain

2.  Formula Matematik Yang Diajar Oleh Tauke
Harga Kedai, RM400k per unit. 3 Kedai sama dengan RM1.2 juta. Bayaran bulanan RM8,000 x 20 tahun.
2 kedai disewakan pada harga bulanan RM4000.
Maka total sewaan = RM8000 guna untuk bayar bank.

Ingat, sewaan meningkat setiap perjanjian 2 tahun.

1 kedai yang guna untuk buat business?
Duit lebih bayar kat bank, duit lebih simpan untuk beli jerat baru !

3. Make Your Account Strong
2 buah kedai disewakan, 1 kedai guna untuk berniaga sendiri. Memang akaun nampak strong untuk apply loan beli kedai kedai di gugusan perniagaan yang lain.

4. Networking Business.
Tak ada duit nak beli kedai? Suruh bapa saudara you yang kerja kerajaan pergi beli kedai tersebut, you masuk buat berniaga dalam itu. Bapa saudara kena bayar bank RM5000 sebulan, you bayar sama dia RM7000. Kasi sikit sama dia.

5. Adik Beradik Yang Bekerjasama
Dalam keluarga, mesti ada orang yang bekerja dengan kerajaan atau orang yang kerjanya mudah buat loan. Sewa kedai dari adik beradik je, duit pusing sama-sama kita juga.

Abang saya beli kedai dan sewakan kepada kami adik beradik. Kami pun sewa dan buat perniagaan. Duit niaga digunakan untuk membayar loan abang la. Masing masing jaga periuk nasi adik beradik. Takkan dengan adik beradik sendiri pun you mau tikam? Takkan adik beradik sendiri pun you mau hentam kasi makan?

Diluar sana, ada pelbagai taktik dan teknik perniagaan yang dibuat oleh orang lain. Stay hunger, stay foolish.
Disebabkan Tauke Cina itu dah ajar aku ilmu berniaga, asalnya nak beli barang total kos RM1,000 sahaja, sudah beli berlebih-lebih 3 kali ganda.

Money is NOTHING, Knowledge is EVERYTHING.

Sumber katakcomel.com

Tuesday, July 1, 2014

Tips design

Oleh kerana ini bidang sy sekarang cite pasal design jelah ye..
Tips ni di kongsikan rakan fb

Ada terbaca somebody tanya bagaimana dalam pemilihan font dalam design untuk menampakkan ianya sesuai. Bagi cara saya mudah saje :
Perhatikan faktor2 berikut :
1- kepada siapa anda tujukan (audience) - contoh kalau flyer tersebut adalah untuk orang lebih berumur gunakan sahaja font yang mudah dibaca dan jelas.
2- konsep design yang anda mahu buat - contoh kalau design anda bertemakan vintage maka gunalah font2 dari kategori vintage namun mudah dibaca seperti kenyataan di (1)
3- banykkan koleksi font dan juga font2 yang biasa digunakan orang, tidak terlalu fancy dan tidak terlalu over dalam saiz. bersederhana asal boleh baca.
4- untuk stylish font pula sesuai untuk satu2 wording. contoh dalam penggunaan logo atau kad kahwin. tidak sesuai untuk keseluruhan tulisan guna font yang sama.
5- kepelbagaian font - cukuplah sekadar 1-3 font dalam satu design untuk membezakan antara headline dan sub topic. headline biarlah font yang besar dan jelas. manakala untuk sub topic biarlah kurus tapi boleh dibaca.
Ramadhan 2014/1435h

Tahun kedua x terlibat dengan bazar ramadhan.. lama jugak x buat kek.. sejak-sejak kawin ni.. kalau masak pun kek atau kuih makan sendiri jelah husband tak berapa gemar manis ni..
Dulu ada adik beradik boleh tolong niaga sekarang umi yg teruskan niaga, masih ada agar-agar umi kat bazar sungai besar tahun ni walaupun tak jual sendiri dah.. mesti regular customer tertanya-tanya mana ilang orang jual agar-agar kek mini muffin yg comel kat bazar tu.. hehe.. teringat ada customer dari sebelum kawin tahun depan nye dah kawin n bawa baby cari gerai kami.. terharu.. dan customer kami adik comel-comel belaka yg suka muffin kami, ari datang beli..
So tumpu bisnes utama sekarang jelah.. my bisnes printing.. nak buat kad kahwin boleh la jumpa sy di tingkat 1 plaza MARA sungai besar ye.. kat fb cari nama az kad kahwin, jangan lupa like ye.. hehe..

Monday, June 30, 2014



Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan


Nak park artikel ni untuk bacaan sendiri kat sini, senang cari kemudian hari.
Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisahLelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.
Coment :
Semua orang kaya berjaya cakap dan amalkan kaedah dan amalan yang sama, kenapa kita yang belum kaya ni ikut langkah dan amalan mereka untuk kaya berjaya dunia akhirat kan... 
Insya Allah semoga kita pun tergolong daripada mereka-mereka yang berjaya.
Aamiin..

Thursday, March 10, 2011

lame x update blog nih..
xpelah meh konsi resepi sket.. resepi ni copy kat web iluv islam menarik.., sy dah try resepi ni, mudah n sedap.. mane2 yang x suke manis2 tu bleh kurangkan sikit gula ye..try ok..

Cream Caramel
Ada yg pggil puding gula hangus/puding karamel..tp dah terbase pgg cream caramel dr kecik..this one xpakai tepung...senang n cepat nak wat.


BAHAN-BAHAN
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 1/2 cwn gula
  • 1 1/2 penutup esen vanila

CARAMEL

  • 1/2 cwn gula
  • 1 tbs air

CARA-CARA

1. Masak gula didalam periuk sehingga keperangan. Masukkan air. Kacau hinga caramel larut. Tuang caramel kedalam bekas cukup untuk menutupi dasar.

2. Dalam bekas lain msukkan kesemua telur dan kacau perlahan tanpa mengangkat wisk/garfu. Jangan biarkan air bubble terbentuk. Ketepikan.

3. Masak susu dan gula didalam periuk dgn api perlahan. Kacau sehingga gula larut. Matikan api sebelum mendidih.

4. Tuang susu perlahan2 kedalam telur. Masukkan esen vanila dan kacau perlahan2.

5. Tapis campuran kedalam bekas berisi caramel td.

6. Kukus/bakar dgn water bath dgn suhu rendah selama 15-20 minit bergantung kpd size bekas.

7.Sejukkan sebelum dihidang. Sesuai dimakan dgn fresh strawberry. *sy kukus dgn rice cooker*

Saturday, January 1, 2011

Thursday, December 30, 2010

I think I lost my blog.. rupa2nya... still availble, cuma penyakit pelupa semakin parah nampaknya.. huhu...