RESEPI.

Disini di sediakan segala resepi yang mungkin memberi manfaat kepada anda. segala resepi yang dipaparkan diperoleh daripada sumber-sumber seperti carian internet, buku resepi dan koleksi peribadi.

Cream Caramel
Cream Caramel
Ada yg pggil puding gula hangus/puding karamel..tp dah terbase pgg cream caramel dr kecik..this one xpakai tepung...senang n cepat nak wat.


BAHAN-BAHAN
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 1/2 cwn gula
  • 1 1/2 penutup esen vanila

CARAMEL

  • 1/2 cwn gula
  • 1 tbs air

CARA-CARA

1. Masak gula didalam periuk sehingga keperangan. Masukkan air. Kacau hinga caramel larut. Tuang caramel kedalam bekas cukup untuk menutupi dasar.

2. Dalam bekas lain msukkan kesemua telur dan kacau perlahan tanpa mengangkat wisk/garfu. Jangan biarkan air bubble terbentuk. Ketepikan.

3. Masak susu dan gula didalam periuk dgn api perlahan. Kacau sehingga gula larut. Matikan api sebelum mendidih.

4. Tuang susu perlahan2 kedalam telur. Masukkan esen vanila dan kacau perlahan2.

5. Tapis campuran kedalam bekas berisi caramel td.

6. Kukus/bakar dgn water bath dgn suhu rendah selama 15-20 minit bergantung kpd size bekas.

7.Sejukkan sebelum dihidang. Sesuai dimakan dgn fresh strawberry. *sy kukus dgn rice cooker*


Donat
Sumber: Majalah Wanita November 2000

Bahan-Bahan:
1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
340 g (1 ½ cawan) air
60 g (2/3 cawan) teung susu penuh krim
100 g (2 biji) telur     180 g (1 cawan) marjerin
60 g (6 camca besar) gula pasir halus
10 g (1 camca besar) garam
14 g (1 camca besar) serbuk penaik
Cara:
Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula
di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan.
Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan
 biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz
asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm.
 Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi
 di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan
kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira
30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu
 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan.
 Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum dihidangkan.




Sambal Tahun

Bahan-Bahan:
1 genggam cili api (buang tangkai)
1 genggam lengkuas yg telah di potong
1 biji kelapa parut lebih lagi bagus
Garam ikut rasa     sedikit Daging potong bentuk kiub
Kerang yg dikopek
Boleh juga di+ ayam n udang kalau mahu
Cara:
1.Perah kelapa ambil santannya
2.Sediakan periuk tanah, periuk biasa pun ok.Masukkan semua bahan dlm periuk.
3.Kemudian masak hingga kering, Kacau selalu.
4.Didihkan lagi dlm 2 hari, baru sedap dimakan.
5.Bila bahan di atas makin kurang sila tambah,dan didihkan lagi.
Cadangan Hidangan:
Sambal ni hanya dimakan sikit2 bersama nasi panas. Ianya adalah hidang sampingan.Ia memang pedas tapi sedap.
Tambahan:
Resepi ni di masak dlm tempoh yg lama,ikut org dulu2 hingga menjangkau tahun.Kena rajin tambah bahan2 tiap kali
kurang...makin lama di masak makin sedap.



A Chocolate Moist 

Bahan-bahan:
250 gm mentega
1 ¾ cawan gula castor
5 biji telur
½ sudu kecil esen vanila
¾ cawan koko
2 cawan tepung naik sendiri
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan susu coklat yg disejukkan
    Topping:
¾ gula icing
¾ koko
½ cawan susu coklat
1 sudu kecil mentega
Cara:
pukul mentega dan gula castor hingga kembang.masukkan telur sebiji sebiji dan esen vanila.ayak
 tepung naik sendiri,koko dan soda bikarbonat bersama dan kemudian masukkan ke dalam campuran
tadi bersama susu coklat berselang seli.

topping:
masukkan koko,gula icing dan mentega ke dalam kuali yg dah di'double boiling'.kemudian masukkan
 susu coklat dah kacau.jika terlalu cair masukkan gula icing dan jika terlalu pekat tambahkan susu
 coklat.
Cadangan Hidangan:
hiasan:
taburkan hirisan badam atau coklat rice atau apa-apa yang dirasakan perlu dan menarik.
Tambahan:
sesuai dihidang ketika minumpetang atau majlis-majlis.



Brownies Berbadam
Bahan-Bahan:
150 g marjerin
2 camca koko
150 g gula kastor     2 biji telur
50 g badam cincang
50 g tepung berserbuk penaik
Cara:
Marjerin dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung dan badam, dikacau hingga rata.
Tuangkan campuran koko. Lenserkan tin kek empat persegi dan tuangkan adunan brownies. Bakar di
 dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 45 minit. Sejukkan sebelum di
potong kepada kepingan empat persegi kecil.



Muffin
Bahan-Bahan:
½ cawan minyak masak
1 cawan tepung serbaguna
½ cawan gula kastor
½ cawan susu cair
1 biji telur     1 biji pisang emas (dipotong dadu @ dilecek kasar-kasar)
1 camca besar kismis
1 camca teh serbuk penaik
½ camca teh soda bikarbonat
Cara:
Ayakkan tepung serbaguna bersama-sama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Masukkan gula kastor,kismis dan pisang
emas tadi. Gaul sebati. Buatkan lubang di tengah-tengah adunan, tuangkan minyak masak, susu cair dan telur
(all in-one method). Kaup-balik hingga sebati. Tuang adunan ke dalam mangkuk kertas muffin. Susun dalam petitin
 dan bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit.




Mee Bakso Jakarta
Bahan-Bahan:
mee kuning
telur direbus
(utuk sup)
bawang putih(cincang halus@kisar)
lada putih
daun sup&daun bawang
    (utuk bakso)
isi ayam
bwg putih
lada sulah
tepung jagung
garam&gula
putih telur
Cara:
isi ayam di blend bersama bwg putih,smpai hancur,gaul isi ayam yg diblend td dengan lada sulah,garam,gula,tpung jagung
akhir sekali masukkan telur putih.
sementara itu didihkan tulang ayam,bwg putih,bila mendidih,msuk lada sulah,garam,gula.tabur daun sup n bawang.
bulat2kan isi ayam,msukkan dalam sup yg mendidih,msakla hingga bebola2 ayam td terapung@masak sempuna.


Penkek
Bahan-Bahan:
1 biji telur large size
2 sudu makan gula
1 cawan susu segar
1 ½ sudu makan minyak sayuran     secubit garam
1 sudu teh baking powder
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan mentega cair
Cara:
-satukan kesemua bahan, pukul bancuhan
hingga sebati & tak berketul.
-panaskan sedikit minyak diatas kuali leper
-tuang 1 senduk bancuhan kedalam kuali dan
ratakan seperti membuat lempeng
-tunggu sehingga permukaan nampak gelembung
udara, terbalikkan
Cadangan Hidangan:
enak dimakan bersama sirap maple dan coklat nuttella


PAU
10 g yis segera (1 paket kecil 'Mauripan')
500 g tepung Hong Kong/tepung pau/tepung rendah protin
4 camt serbuk penaik double-action
1/2 camt garam
250 ml air suam kuku} bahan A
4 camb gula halus }
2 camb minyak jagung
Ayak tepung, serbuk penaik ke dalam mangkuk. Masukkan yis segera & garam. Buatkan lubang di tengahnya?& tuangkan A serta minyak. Uli menjadi doh. Jika terlalu lembik, campur sedikit tepung. Jika terlalu keras, renjiskan air suam dan uli semula (kadar kelembapan tepung berbeza). Uli hingga doh lembut dan kenyal. Tutup & biar 1- 1 1/2 jam atau hingga naik dua kali ganda. Uli semula sebentar dan bahagikan sama saiz. Isikan inti dan tangkup kembali. Letak atas kertas kalis minyak yg digunting bulat. Biar 15-20 minit atau hingga kembang. Kukus selama 12-15 minit atau hingga masak. Pastikan tepung 'baru' & cara menguli yg betul (seperti membuat roti).