Tuesday, July 1, 2014

Tips design

Oleh kerana ini bidang sy sekarang cite pasal design jelah ye..
Tips ni di kongsikan rakan fb

Ada terbaca somebody tanya bagaimana dalam pemilihan font dalam design untuk menampakkan ianya sesuai. Bagi cara saya mudah saje :
Perhatikan faktor2 berikut :
1- kepada siapa anda tujukan (audience) - contoh kalau flyer tersebut adalah untuk orang lebih berumur gunakan sahaja font yang mudah dibaca dan jelas.
2- konsep design yang anda mahu buat - contoh kalau design anda bertemakan vintage maka gunalah font2 dari kategori vintage namun mudah dibaca seperti kenyataan di (1)
3- banykkan koleksi font dan juga font2 yang biasa digunakan orang, tidak terlalu fancy dan tidak terlalu over dalam saiz. bersederhana asal boleh baca.
4- untuk stylish font pula sesuai untuk satu2 wording. contoh dalam penggunaan logo atau kad kahwin. tidak sesuai untuk keseluruhan tulisan guna font yang sama.
5- kepelbagaian font - cukuplah sekadar 1-3 font dalam satu design untuk membezakan antara headline dan sub topic. headline biarlah font yang besar dan jelas. manakala untuk sub topic biarlah kurus tapi boleh dibaca.

0 comments:

Post a Comment